Wednesday, February 24, 2010

hangat-hangat **** ayam

:: 240210~ 10 Rabiulawal
:: ???? jam
:: compartment A

AMARAN
Post ini bebelan semata. Anda jangan marah kalau tiada peroleh manfaat darinya.
Sila klik ikon pangkah berwarna merah di atas kanan tetingkap anda,
untuk mengelakkan sebarang kekecewaan


Hangat-hangat tahi ayam.
Baru bercadang utk istiqamah tulis blog
Hangat-hangat tahi ayam.
Minggu ni tak sempat pun tulis post baru.
Hangat-hangat tahi ayam.
Asal jari-jemari baru mula sibuk
bergedik di keyboard utk post baru
jari telunjuk suka klik 'save as draft'
Hangat-hangat tahi ayam.


Katib tak berani nak berjanji, tapi katib akan mengepos sesuatu tak lama lagi.
Insya-Allah, harap-harap tiada kehangatan tahi ayam lagi

Anda geli? Harapnya tidak lah ye. Inikan peribahasa kita juga, ye tak?


p/s: tiada ayam yang cedera sepanjang penulisan post ini berlaku

Saturday, February 13, 2010

V for Vendetta or V for Valentine?

:: 140210~29 Safar
::0007 hours
::teratak nenda, Bandaraya Bersejarah *diringi dentuman mercun, meriah-meriah*

Dengan nama Rabb, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Chai buat mereka-mereka yang merayakannya!
Seronok. Walaupun katib tidaklah menyambut, tapi keseronokkan masih terasa.
Maklumlah, cuti bersempena pun dapat. Siapa yang tak suka, ye tak?
Seronok. Sempat bersantai-santai bersama keluarga, walau sekejap cuma.









Dalam kaum cina sibuk membeli-belah untuk persiapan terakhir...
Ketika orang lain sedang sabar berhon-hon di lebuh raya...
sedang sebahagian lagi tergaru-garu kepala sebab byk kedai tutup...
ada juga yang sedang semangat memilih bunga-bungaan, coklat-coklatan, bear-bearan

Eh....?? Mengapakah?? Oh...lupalah! Hari'Valentine' lah hari ni. Patutlah..
Katib tak perasan pula. Dah la tak bersetuju dengan kewujudan hari ini, apatah lagi nak menyambutnya. Oh tidakkk!! Lagipun, hari valentine bukannya cuti umum, buat apa katib harus bergembira-gembiraan? Tak perlu...tak perlu..




Katib malas nak membebel, menulis, mengulas tentang fatwa, hukum dan apa-apalah yang berkaitan dengan Hari 'V' ni. Mesti berlambak bersepah dalam internet. Klik, scroll, dapat.
Silakan bergoogle dan beryahoo semahu anda, insya-Allah dapat.

Tapi suka untuk katib berkongsi apa yang katib dapat semasa hadir ke majlis ilmu
yang bertajuk 'Ajari Aku Cinta' tempoh hari. *jangan salah faham, katib bukan miang!*


Ustazah Fatimah Syarha berkata (jemputan majlis ilmu):



"Adik-adik, sesungguhnya dosa itu ada beberapa peringkat adik-adik...."

Oh..yeke? Terkerut dahi

"....Yang pertama, bilamana kita melakukan dosa, lalu kita rasa serba-salah, rasa takut-takut, serba tak kena. Ada keinginan untuk bertaubat, tapi ditangguhkan.

Peringkat kedua, dosa yang sama terus dilakukan. Tapi kali ni, kalis perasaan bersalah. Rasa tenang melakukannya. Tiada rasa gelabah, malu malah berasa okayy!

Peringkat ketiga, melakukan dosa dengan perasaan bangga, bongkak dan riya'. Lebih dahsyat daripada peringkat sebelumnya

Peringkat keempat, mula memandang hina dan jijik pada kebaikan dan kebajikatn. Berasa marah dan ingin memusuhi mereka yang beramar ma'ruf dan nahi mungkar. Mencari alasan untuk membolehkan perkara yang haram. Pendek kata, pembela dosa."


Terkedu. Terkebil-kebil. Genggam pen dan cepat-cepat menulis.

Mungkin, ini puncanya orang-orang yang TAHU serta MAKLUM akan hukum menyambut hari Valentine masih menyambutnya, meskipun fatwa tentang ini dah diwar-war dan digembar-gemburkan. Berasa enak dalam membuat dosa.

Bukan niat katib untuk HANYA menyelar muslim yang menyambutnya, tapi lebih kepada peringatan bersama. Kita semua pasti pernah melakukan dosa. Itu sudah pasti. Setiap hari, setiap jam. Setiap saat? Nauzubillah. Namun kita di peringkat yang mana? 1...? 2...? 3...atau yang tercorot?

Masya-Allah, sungguh besar impak menangguhkan taubat...
Beranikah lagi kita untuk menangguh-nangguhkan taubat?
Minta jauh, nauzubillah! Fuhhhhh...fuuhh!!

Astaghfirullah....Astaghfirullah...Astaghfirullah...





p/s: maaf memeningkan kepala anda. Vendetta langsung tiada kaitan dalam post ini. Perayaan raya cina pula sekadar selingan :)

Wednesday, February 10, 2010

Jangan baca, anda mungkin menyesal

::100210~ 25 Safar
::0131 hours
::compartment A (happily using the unsecure wireless *wink2*)

Post ini mungkin tiada manfaat bagi anda.
Sekadar makluman tanpa suara.

Patik takkan wujud lagi di sini
Faham? Mesti tak faham kan?

'Patik' takkan wujud lagi di sini
Yang ada cumalah si katib
Tahu siapa si katib?
Kaatib = penulis

Baca betul-betul. Kaatib!
Bukan khaatib!
Itu pembaca khutbah, tiada kena-mengena dengan kaatib

Penggunaan perkataan 'patik' tidak lagi diguna pakai.
Digantikan dengan katib.
Maka, patik takkan wujud di sini lagi.

Sudah faham?
Alhamdulillah. Tahniah

Kan dah diberitahu, post ni tiada manfaat bagi anda
Buat pedih mata merenung screen komputer
segala kesulitan amat dikesali


p/s: kaatib suka dapat peluang membebel untuk pemberitahuan yang sebenarnya ringkas