lychee lyQa
::100210~ 25 Safar
::0131 hours
::compartment A (happily using the unsecure wireless *wink2*)

Post ini mungkin tiada manfaat bagi anda.
Sekadar makluman tanpa suara.

Patik takkan wujud lagi di sini
Faham? Mesti tak faham kan?

'Patik' takkan wujud lagi di sini
Yang ada cumalah si katib
Tahu siapa si katib?
Kaatib = penulis

Baca betul-betul. Kaatib!
Bukan khaatib!
Itu pembaca khutbah, tiada kena-mengena dengan kaatib

Penggunaan perkataan 'patik' tidak lagi diguna pakai.
Digantikan dengan katib.
Maka, patik takkan wujud di sini lagi.

Sudah faham?
Alhamdulillah. Tahniah

Kan dah diberitahu, post ni tiada manfaat bagi anda
Buat pedih mata merenung screen komputer
segala kesulitan amat dikesali


p/s: kaatib suka dapat peluang membebel untuk pemberitahuan yang sebenarnya ringkas

lychee lyQa
Date: 28th January 2010
Time: 1512 hours
Venue: Jauhari (still?)

Bismillah...
Eh, rasa belum sempurna

Bismillahirrahmanirrahiim...
Ha...baru terasa cukup syarat, Alhamdulillah

Wahai pembaca!
Blog ini telah di'update'....akhirnya.
Kalau ikutkan malas, mungkin blog ini akan di'update' tahun depan.
Tapi selepas aktif berblog walking, terasa terpanggil untuk menulis.

Malas. Sungguh tak tipu.
Kadang-kadang terfikir, apa matlamat patik menulis blog?
Kenapa malas yang amat?
Matlamat patik ye, bukan matlamat anda.

1-Bercerita kehidupan seharian??
Oh..tidak. Tidak mahu. Kalaulah blog ini SEKADAR tempat untuk cerita kehidupan seharian,patik lebih suka bercerita secara lisan. Boleh gerak-gerak tangan, boleh buat bunyi, boleh buat mimik muka. Barulah seronok. Blog patik bukan HANYA untuk bercerita rutin sehari-hari. Oh tidak...

2-Suarakan rasa tidak puas hati?
Tak puas hati pada siapa? Kawan? Lecturer? Orang sekeliling? Leraikanlah dengan cara baik, face-to-face. Kasihan lah, tiba-tiba si pulan atau si pulanah hebat diperkatakan dalam blog ini. Tak adil di situ. Blog patik bukan untuk menghamun orang. Kalau ya pun marah, mungkin in a sarcastic way. *ooooh..no*

3-Saja-saja eh? Suka main tukar-tukar layout?
Soalan tidak relevan. Nexxxttt!!!

4-Habis tu? Ha!! Tempat buat bisnes? E-niaga?
Idea yang bernas. Tapi, maaflah. Walaupun patik suka wang, dan wang pun sukakan patik, tapi blog patik ni bukan untuk berniagalah. Setakat jual kek batik selama 4 hari? Tak perlulah. Terima kasih atas candangan, akan dipertimbangkan di lain waktu :)

Jadi? Apa sebab nak menulis?
Patik selak semula post yang sulung. Post yang agak caca-marba tulisannya.
Oh...itu sebab patik menulis? Make a wise 'bebelan'?
Maaflah, pemikiran kurang cemerlang.

Blogger muslim vs. blogger non-muslim

Berjuta blog anda boleh dapati sekarang.
Ada yang tegas, ringkas, sempoi, meleret-leret, berbunga-bunga chenta...berjuta gaya!
Namun, sebagai blogger muslim harus ada padanya ciri-ciri tamayyuz.
Biarlah ada bezanya. Bukankah selalu lafazkan 'I am Proud to Be Muslim'?
Buktikanlah...ye tak?

Patik terjumpa satu artikel yang agak menarik sebagai panduan blogger muslim untuk terus menulis. Jemput klik di sini. Moga-moga bermanfaat untuk kita semua. Andai ada yang terasa di batang hidung, ucaplah Alhamdulillah, masih ada kesedaran untuk menyedari kesilapan.
*batang hidung patik dah banyak kali terasa, ouch*


Rasanya sampai sini dulu perkongsian dan bebelan patik
Tiga bulan menyepi, tiba-tiba bebel banyak-banyak
boleh diserang keyboard-phobia *mungkin kah?*
makin jarang-jarang update pula nanti
Nauzubillah..

Apa-apa pun, patik sangat menggalakkan anda-anda untuk menulis.
Sungguh, seni menulis itu luas. Juga satu wadah untuk berdakwah.
Junjunglah kalimah Allah walau di mana juga.
Anda tidak akan tahu hati mana yang akan terkesan dengan penulisan anda bukan??


p/s: selaran dan bebelan khusus untuk diri penulis






lychee lyQa
date: unidentified
venue: jauhari
time :2030 hours



"Alright students...time's up. Put your pen please, we're going to collect the paper. Please remain seated"


Suara lantang sir majid, penggubal soalan political science yg payah amat, memecah kesunyian dewan MPN. Terkejut dibuatnya..fuhh, kuuuus semangat!!


Alhamdulillah...habis pun musim exam...
Habis jgk la sesi timbaan ilmu di ardhu Nilai ni
Tak sangka, cepat bebenar masa berlalu


Rasa mcm baaaru smlm buat keputusan last minute utk pilih uia
Rasa mcm baaaru je tadi bising mengadu mengenang nasib kurgnya fasiliti kt sini
Rasa mcm baaaru sekejap menetap di Nilai


tup..tup..la...dah habis pun final sem
Dah tua rupanya...hmmm

Dah nak ke gombak rupanya
Gombak yang pernah ditafsirkan
Sebagai ‘lubuk maksiat’
Oleh seorang senior...fuh, dahsyat
Tapi, hiperbola mungkin


Alam ipt ni mana mungkin semudah yg kita sangkakan
Acapkali dah diingatkan dan dipesan betapa mencabarnya
Kehidupan yg tinggi sikit pengajiannya ini (ipt)

Tengoklah
Akademiknya..... compete, jgn tak compete!!
ko-kurikulumnya.... baru la balance
manusianya....fuh, jutaan ragam dan rupa!
Biahnya.......mmmm~~

Emmm..biah.
Biah solehah...
Idamkan biah yang mirip di sekolah dulu?
Silakan bermimpi...

Di sini biahnya tak semolek di sekolah dulu ye
Dan tarbiyah bukanlah sesuatu
yang dihidang tayang dpn mata
seperti zaman sekolah dulu:


Ada dalam taqwim, wajib,
maka kita turut ikut,datang
Senang..mudah..
Umpama nganga mulut,lalu disuapkan..nyum2..
mudah, cukup mudah

Tapi lain di ipt
Kita sendiri yang perlu mencari dan ‘menyuap’
bukan diberi
Bergelut dengan nafsu sendiri
Mengimbang-imbang antara mahu atau tidak..
Sama ada mahu terus kekal istiqamah di jalan ini
Atau mahu ‘bebas’, nyah jauh2..tak perlu la baik sgt..

Keputusan di tangan sendiri
Dan natijah dirasai sendiri

Ada masa tersasar
Ada kala ter‘senget’ juga
Tapi sapaan dan ingatan
Dari sahabat-sahabat ukhuwah fillah
agar kekal TEGUH di jalan menuju Ilahi ini
cukup menyedarkan diri
supaya kembali pijak di bumi nyata

Alhamdulillah..

Haiiih
Baru setahun...dan setengah lebih tinggalkan sekolah
Sudah jadi kelibut begini??
Segeralah sedar dan bangkit
Moga ini hanya satu jentikan agar hati
Tidak lagi mudah goyah dan goyang
Bila dugaan yang lebih besar menyinggah

Hisy...
Sungguh, benar..
Hati itu tetap milik Ilahi
Walau terasa paling dekat dengan diri

Wahai Rabb yang memegang hati-hati ini
Yang bisa membolak-balikkan hati ini
Teguhkanlah hati KAMI pada agama-Mu


p/s: selaran bagi diri yang terlalai
lychee lyQa
Date: 19 September 2009
Venue: teratak selatan tanah air
Time: 1509 hours

Di kesempatan ini,

patik dengan rasa rendah diri dan lagi kerdil

(mmg x tinggi pun~)

ingin mengucapkan



Selamat Hari Raya Aidilfitri

dan memohon maaf

atas semua kekhilafan + kesalahan+ kesilapan +terlebih bicara+ terkurang cara



Moga kedatangan Syawal ini menjadi

satu tanda kesyukuran dan kemenangan

buat mereka yang berjaya

menjalani ibadah2 serta

sukses menghayati hakikat

sebenar Ramadhan...

Ramadhan, moga jodoh kita berpanjangan dan ketemu lagi di tahun hadapan!!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s: berjuta lagi nk bebel ni, xsempat...seruan ke kampung makin kuat kedengaran!

lychee lyQa
fuuuuuhh...
(tiup lagi kuat)

fuuuuuuuuuuuuuhhhhh!!

berhabuk sungguh blog ni, tebal!
patik masih di sini
masih seperti dulu..
benarkah?
mungkin?
yup~insya-Allah

arakian?? sekian....

p/s: (-_-) zzzzzz
Labels: 1 comments | edit post