Kalau blog ini adalah ladang epal
pasti epal-epalnya sudah busuk, bergolek-golek sana sini
ulat epal bersyukur, kaya dengan hasil
Kalau blog ini adalah padang hijau
pasti rumputnya sudah panjang, hampir menjulang langit
jadi kawasan lepak, mesyuarat tergempar buat kumbang cengkerik & kawan-kawan
Kalau blog ini adalah rumah
pasti habuknya makin menebal, menjadi gumpalan-gumpalan yang jelas
macam ulat bulu kelabu yang kaku
Kalau blog ini adalah susu segar
pasti bukan lagi dalam bentuk cecair, tapi mungkin juga pepejal
dicampur bau-bau yang kurang menyenangkan
Tapi semua ini tak terjadi
walaupun ditinggalkan 100 hari lagi
sebab blog ini tetap akan menjadi blog
yang tiada perubahan bau, warna dan rasa.
Seronok kan? Bolehlah biarkan blog ni lumpuh lagi
Terima kasih kerana membaca
0 mic berbunyi:
Post a Comment