Thursday, January 28, 2010

When bloggers blogging their blogs

Date: 28th January 2010
Time: 1512 hours
Venue: Jauhari (still?)

Bismillah...
Eh, rasa belum sempurna

Bismillahirrahmanirrahiim...
Ha...baru terasa cukup syarat, Alhamdulillah

Wahai pembaca!
Blog ini telah di'update'....akhirnya.
Kalau ikutkan malas, mungkin blog ini akan di'update' tahun depan.
Tapi selepas aktif berblog walking, terasa terpanggil untuk menulis.

Malas. Sungguh tak tipu.
Kadang-kadang terfikir, apa matlamat patik menulis blog?
Kenapa malas yang amat?
Matlamat patik ye, bukan matlamat anda.

1-Bercerita kehidupan seharian??
Oh..tidak. Tidak mahu. Kalaulah blog ini SEKADAR tempat untuk cerita kehidupan seharian,patik lebih suka bercerita secara lisan. Boleh gerak-gerak tangan, boleh buat bunyi, boleh buat mimik muka. Barulah seronok. Blog patik bukan HANYA untuk bercerita rutin sehari-hari. Oh tidak...

2-Suarakan rasa tidak puas hati?
Tak puas hati pada siapa? Kawan? Lecturer? Orang sekeliling? Leraikanlah dengan cara baik, face-to-face. Kasihan lah, tiba-tiba si pulan atau si pulanah hebat diperkatakan dalam blog ini. Tak adil di situ. Blog patik bukan untuk menghamun orang. Kalau ya pun marah, mungkin in a sarcastic way. *ooooh..no*

3-Saja-saja eh? Suka main tukar-tukar layout?
Soalan tidak relevan. Nexxxttt!!!

4-Habis tu? Ha!! Tempat buat bisnes? E-niaga?
Idea yang bernas. Tapi, maaflah. Walaupun patik suka wang, dan wang pun sukakan patik, tapi blog patik ni bukan untuk berniagalah. Setakat jual kek batik selama 4 hari? Tak perlulah. Terima kasih atas candangan, akan dipertimbangkan di lain waktu :)

Jadi? Apa sebab nak menulis?
Patik selak semula post yang sulung. Post yang agak caca-marba tulisannya.
Oh...itu sebab patik menulis? Make a wise 'bebelan'?
Maaflah, pemikiran kurang cemerlang.

Blogger muslim vs. blogger non-muslim

Berjuta blog anda boleh dapati sekarang.
Ada yang tegas, ringkas, sempoi, meleret-leret, berbunga-bunga chenta...berjuta gaya!
Namun, sebagai blogger muslim harus ada padanya ciri-ciri tamayyuz.
Biarlah ada bezanya. Bukankah selalu lafazkan 'I am Proud to Be Muslim'?
Buktikanlah...ye tak?

Patik terjumpa satu artikel yang agak menarik sebagai panduan blogger muslim untuk terus menulis. Jemput klik di sini. Moga-moga bermanfaat untuk kita semua. Andai ada yang terasa di batang hidung, ucaplah Alhamdulillah, masih ada kesedaran untuk menyedari kesilapan.
*batang hidung patik dah banyak kali terasa, ouch*


Rasanya sampai sini dulu perkongsian dan bebelan patik
Tiga bulan menyepi, tiba-tiba bebel banyak-banyak
boleh diserang keyboard-phobia *mungkin kah?*
makin jarang-jarang update pula nanti
Nauzubillah..

Apa-apa pun, patik sangat menggalakkan anda-anda untuk menulis.
Sungguh, seni menulis itu luas. Juga satu wadah untuk berdakwah.
Junjunglah kalimah Allah walau di mana juga.
Anda tidak akan tahu hati mana yang akan terkesan dengan penulisan anda bukan??


p/s: selaran dan bebelan khusus untuk diri penulis






2 mic berbunyi:

Fara Hazwani said...

betul3!..

one sentence i'd like to take from the link article. niat kene sntiasa btul dan diperbetulkan..huuu..buat pedoman dan mengamatan diri sendiri juge...thank you laiqa!.. (^_^)

milamelurmola said...

rase cm nk wat je blog..tp.. kte xreti ayt cntik2... wat presentation blehla.. xpela. kte slongkar blog awk n blog2 org lain je..mne yg ok kte amik wat teladan..