::0007 hours
::teratak nenda, Bandaraya Bersejarah *diringi dentuman mercun, meriah-meriah*
Dengan nama Rabb, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Chai buat mereka-mereka yang merayakannya!
Seronok. Walaupun katib tidaklah menyambut, tapi keseronokkan masih terasa.
Maklumlah, cuti bersempena pun dapat. Siapa yang tak suka, ye tak?
Seronok. Sempat bersantai-santai bersama keluarga, walau sekejap cuma.

Dalam kaum cina sibuk membeli-belah untuk persiapan terakhir...
Ketika orang lain sedang sabar berhon-hon di lebuh raya...
sedang sebahagian lagi tergaru-garu kepala sebab byk kedai tutup...
ada juga yang sedang semangat memilih bunga-bungaan, coklat-coklatan, bear-bearan
Eh....?? Mengapakah?? Oh...lupalah! Hari'Valentine' lah hari ni. Patutlah..
Katib tak perasan pula. Dah la tak bersetuju dengan kewujudan hari ini, apatah lagi nak menyambutnya. Oh tidakkk!! Lagipun, hari valentine bukannya cuti umum, buat apa katib harus bergembira-gembiraan? Tak perlu...tak perlu..
Katib malas nak membebel, menulis, mengulas tentang fatwa, hukum dan apa-apalah yang berkaitan dengan Hari 'V' ni. Mesti berlambak bersepah dalam internet. Klik, scroll, dapat.
Silakan bergoogle dan beryahoo semahu anda, insya-Allah dapat.
Tapi suka untuk katib berkongsi apa yang katib dapat semasa hadir ke majlis ilmu
yang bertajuk 'Ajari Aku Cinta' tempoh hari. *jangan salah faham, katib bukan miang!*
Ustazah Fatimah Syarha berkata (jemputan majlis ilmu):
"Adik-adik, sesungguhnya dosa itu ada beberapa peringkat adik-adik...."
Oh..yeke? Terkerut dahi
"....Yang pertama, bilamana kita melakukan dosa, lalu kita rasa serba-salah, rasa takut-takut, serba tak kena. Ada keinginan untuk bertaubat, tapi ditangguhkan.
Peringkat kedua, dosa yang sama terus dilakukan. Tapi kali ni, kalis perasaan bersalah. Rasa tenang melakukannya. Tiada rasa gelabah, malu malah berasa okayy!
Peringkat ketiga, melakukan dosa dengan perasaan bangga, bongkak dan riya'. Lebih dahsyat daripada peringkat sebelumnya
Peringkat keempat, mula memandang hina dan jijik pada kebaikan dan kebajikatn. Berasa marah dan ingin memusuhi mereka yang beramar ma'ruf dan nahi mungkar. Mencari alasan untuk membolehkan perkara yang haram. Pendek kata, pembela dosa."
Terkedu. Terkebil-kebil. Genggam pen dan cepat-cepat menulis.
Mungkin, ini puncanya orang-orang yang TAHU serta MAKLUM akan hukum menyambut hari Valentine masih menyambutnya, meskipun fatwa tentang ini dah diwar-war dan digembar-gemburkan. Berasa enak dalam membuat dosa.
Bukan niat katib untuk HANYA menyelar muslim yang menyambutnya, tapi lebih kepada peringatan bersama. Kita semua pasti pernah melakukan dosa. Itu sudah pasti. Setiap hari, setiap jam. Setiap saat? Nauzubillah. Namun kita di peringkat yang mana? 1...? 2...? 3...atau yang tercorot?
Masya-Allah, sungguh besar impak menangguhkan taubat...
Beranikah lagi kita untuk menangguh-nangguhkan taubat?
Minta jauh, nauzubillah! Fuhhhhh...fuuhh!!
Astaghfirullah....Astaghfirullah...Astaghfirullah...
p/s: maaf memeningkan kepala anda. Vendetta langsung tiada kaitan dalam post ini. Perayaan raya cina pula sekadar selingan :)
5 mic berbunyi:
huhu..benar sekali. ilmu yang sgt berguna mlm itu. =)
nk petik skit bait2 kate dari ustzh fatimah syarha yg buat kte terfikir;
biarlah yg hadir ni bkn hanya mampu mendengar tapi juga mampu lakukannya. wallahua'alam.
*buat peringatan diri sendri~
thanks laiqa 4 sharing dis~
*ps: suke sgt cupcake2 itu!!.. heee~~
hmm...betul2. mula-mula datang nak tadah telinga je.
Bila ustazah ckp mcm tu, hehe...tersentak skejap.
cupcakes always make us drip!
Bismillah...
Seronokkan...
Jangan lupe kongsikan lagi yer..
Mmg tersentak wlwpun hny bace..
Beskan kak ha..percakapannye lembut namun sampai kedalam...
Astaghfirullah..
maaf mnyelit..kte rse cm pnh je bce pringkat dosa 2...xlme dulu,a few weeks ago i think..dlm telahan,rse'y dlm blog fara..bkn ek? tgk fara pon mngomen cm xpnh dgr..(cm 1st tym dgr kt ceramah 2)..huhu.nway, bgus gak bce blik,xlupe..maklumla,da bnyk buat dosa..smoga kte sume xlupe smpy bila2..n amalkn ape yg d'igt.ye x? k..
err...cik mila ade bace blog kte ke?
Post a Comment