Wednesday, March 10, 2010

esok

:: 10 mac 2010 ~ 24 Rabiulawal
:: 2218 jam
:: compartment A


Esok katib tak berdebar. Tapi yang lain mungkin. Khususnya calon-calon spm 09.
Maklumlah, tarikh keramat lah katakan.
Berdebarkah anda? Ya? Bagus...masih normal.
Tak? Tak mengapa. Mungkin akan diqada' esok hari.

Biarlah apapun perasaan yang dirasa,
teruskan berdoa, tinggikan tawakkal, mantapkan redha.

Allah pasti berikan yang terbaik. Percayalah.
Kalau kita yakin dengan usaha yang dah dilakukan
Kalau kita yakin dengan doa-doa yang dipanjatkan
Jadi, apa perlu gelabah lagi? Biar Allah tentukan selebihnya
Jangan pula ghaibkan istilah tawakkal dan redha, jangan. Tak molek

Allah pasti berikan yang terbaik. Percayalah.
Walau apa pun yang bakal diperoleh, itulah yang terbaik.
Mungkin tak nampak hikmahnya sekarang,
tapi pastinya terbaik untuk hari-hari mendatang.
10 hari? 10 bulan? 10 tahun akan datang? Mungkin? Siapa tahu

Buat calon-calon SPM 09, khususnya adik-adik G11 *macam la baca*
bittaufiQ wannajah-semoga berjaya-best of luck diucapkan!
Senyum masa ambil slip. Walaupun slip basah sebab gugup, senyum!!

Sangat optimis untuk dengar berita gembira esok pagi! *preparation, charge phone* :)


p/s: debar juga sebenarnya. Kuiz dan 'presentation' sabar menunggu.

2 mic berbunyi:

tmah said...

hehe. fathimah baca.

zulaiQa habsyi said...

terima kasih kerana membaca? hehe