:: 7 mac 2010 ~ 21 Rabiulawal
:: 2200 hours
:: compartment A *sambil minum2 air, tadahan water cooler*
Dua tiga minggu ni agak terkejar-kejar
Berlari ke sana ke mari, selak buku itu buku ini. Huh.
Banyak betul assignment, presentations & kuiz menunggu
Comel masing-masing tersusun rapat, dalam tarikh yang dekat-dekat
Semput katib tengok jadual sendiri.
Tarik nafas....Hembus....Tenang sudah.
Jangan salah faham.
Katib bukan perasan sibuk
Katib tahu, bukan katib seorang yang sibuk
Ramai yang jauh lagi sibuk
ataupun saja sibuk-sibuk jadi penyibuk
Tapi, apa sebenarnya yang betul-betul menyibukkan kita?
Pelajaran? Kerja? Aktiviti ko-kurikulum?
Amanah yang belum terlaksana?
Begitukah? Sibuk sungguh.
Sampaikan bila diajak ke program atau usrah,
"sorry, i'm busy. please leave your message after the tone, teeeet!"
Hmmm....itu je? Kesibukan yang 'kering'
Manisnya mungkin tak terasa
Hujung hari, rasa tiada apa
Kepuasan dan nikmat lelah ghaib
Nauzubillah...
Ada baiknya kita tepuk dada kuat-kuat,
tanya iman, apa yang menyibukkan kita hari ini.
Berbekalkan hipotesis:
Semakin sibuk, semakin dekat dengan Tuhankah?
atau semakin jauh dan samar daripada-Nya
p/s: dalam sibuk-sibuk ni, sempat juga katib membebel. Eh, betul ke katib ni sibuk??
1 mic berbunyi:
salam..
muhasabah diri kiter ni sekejap!!
Post a Comment