Sunday, March 21, 2010

buku yang dipestakan

::21 march 2010~5 rabiulakhir
::2100 hours
::blok al-Ikhlas, compartment A *kapan mau pulang?*

Buku-buku dipestakan lagi. Betul. Di PWTC. Pergilah. Agak rugi kalau tak pergi. Jom, meramaikan umat di sana! Tak sangka, ramai jugak pengunjung. Ingatkan masyarakat sekarang lebih suka baca e-book atau buku-buku yang bermuka (mukabuku, facebook). *TENGG!! jentik batang hidung sendiri* Silap pula tekaan katib. Tak baik su'u zhonn. *betul ke eja ni?* Maaf ye? Ala kulli hal, Alhamdulillah. Mungkin ini bukti yang masyarakat kita suka membaca, ye tak? Mungkin...

Katib suka membaca sebenarnya, walaupun tempoh nak menghabiskan satu buku tu....masya-Allah! Macam kura-kura. Takpelah, yang penting baca. Alhamdulillah, terpanjang juga langkah katib ke sana, walaupun sebenarnya duit tak berapa nak ada. Tapi sebab hati kata pergi, buku kata mari. Jadi, pergi jugalah! Tak banyak pun katib beli, 2 buah je. Sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan rekod yang sudah-sudah. Aduuh. Cukuplah. Bukan kuantiti yang ditengok, tapi kualitinya. Kan? Kan? *sedapkan hati*

Seronok dapat ke sana. Bukan sebab dapat buku je. Tapi lebih pada itu. Banyak adegan, fenomena dan scene2 menarik semasa di sana. Maka, inilah yang katib dapat selepas tengok-tengok dan fikir-fikir selama sepetang katib di PBAKL 2010:

  1. Senarai buku. Senarai penting! Senaraikan dulu buku-buku utama yang teringin sangat nak dibeli di sana. Senang. Bukan apa, jalan di sana pun lebih bermatlamat. Takdelah asyik bermundar-mandir tanpa arah tuju. Dah la sesak, nak main pusing-pusing lagi? Tak larat...Pastikan nama penerbit diketahui. Mudah nak cari booth nanti. Tengok direktori di dinding, terus jalan, cari, dan jumpa. Kan senang. Kalau tak jumpa, jangan risau. Ramai duta-duta PBAKL yang berlegar. Mesra, cepat dan betul. Tanya, pasti ada jawapan. Yang penting, soalan jelas dan relevan.

  2. Duit yang cukup. Yang ini jadi kewajipan. Sediakan duit yang mencukupi untuk bayar segala pembelian. Jadi, rancanglah perbelanjaan. Jangan lupa masukkan belanja untuk makanan sekali. Terlepas pandang, alamat berkeronconglah perut. Setakat ni katib belum lagi jumpa buku yang boleh dimakan. Kemudahan ATM ada disediakan. Tapi agak menguji kesabaran dengan ramainya orang yang beratur nak cucuk duit.

  3. Cas handphone sebaiknya. Tempat tu luas. Macam-macam genre ada. Minat & citarasa pula berbeza-beza. Katib sangat yakin mesti ada kawan atau ahli keluarga yang tiba-tiba ghaib, terputus kasih, atau tersesat. Ikut langkah dan haluan masing-masing. Yakin. Jadi cas lah phone seeloknya. Kalau hp mati, aduuuh. Mungkin boleh cuba buat pengumuman di kaunter lost & found? Cubalah..

  4. Bawa kamera. Ini hanya langkah persediaan. Anda tak tahu siapa yang bakal anda jumpa di sana. Maklumlah, tempat pengumpulan umat. Siapa-siapa pun boleh datang. Kawan tadika? Penulis kegemaran? Political figure? ...atau mungkin juga kembar yang terpisah? *melampau* Semua ada kemungkinan untuk datang, kan? Expect the unexpected. Ini nya langkah persediaan. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takde, mungkin mahal sikit rezekinya. Tapi sekurang-kurangnya adalah kenangan, itu pun kalau anda jenis yang suka terkenang-kenangkan kenangan.

  5. Keselamatan. Ini aspek yang penting. Patutnya berada di awalan senarai. Biarlah. Dah terlajak. Jaga dompet anda! Penyeluk saku bergerak aktif di sana. Yelah, berasak-asak dengan manusia, sempat je saku diseluk, dompet pun hilang. Jagalah elok-elok ye. Letak di tempat yang selamat. Asing-asingkan duit. Jangan letak semuanya dalam dompet. Memang durian runtuh buat penyeluk saku! Letaklah separuh di kocek kiri, suku kocek kanan, suku lagi dalam stokin, skarf atau mana-mana yang relevan. Yang penting ingat mana anda letak. Jangan gelabah ayam pula, tercari-cari duit sendiri.

  6. Sapaan promoter. Percayalah, anda akan rajin disapa oleh promoter-promoter di sana. Lagi-lagi yang berwarna ungu. Promoter S.O.X. Sangat ramai bala tenteranya. Setiap tingkat ada. Linguaphone & celcom broadband pun ada juga. Itulah yang paling rajin dan kerap menyapa. Yang lain katib tak ingat. Untuk situasi ni, bergantung pada anda. Kalau anda jenis yang suka melayan, angguklah kepala, katalah ya, dan belilah. Tapi kalau sebaliknya, tolaklah dengan cara yang baik, berhemah dan tegas. Perlu ada ketegasan! Mana tahu, dapat pula jenis yang tak putus asa. Maka tunjukkanlah ketegasan anda :)

  7. Makanan. Mungkin dah disentuh sikit dalam point2 tadi. Jagalah makan ye? Jangan biarkan perut anda diselubungi angin. Atau masuk angin. Ada kemungkinan juga terkena gastrik. Mungkinlah...Yela, sangat asyik belek-belek buku, sampai lupa nak makan. Makanan ada dijual, boleh dibeli dan sedap. Tapi harganya agak 'sedap' jugalah. Bawalah bekal untuk alas perut. Roti-roti, susu soya, twigies. Apa-apa jelah. Sambil-sambil belek buku, sambil-sambil ngap.

  8. Kad pelajar. Khusus buat pelajar-pelajar, tak kiralah pelajar sekolah, IPTA atau IPTS. Bawalah bersama kad pelajar. Sebahagian gerai tawarkan diskaun untuk pelajar. Jadi, bawalah. Tiada ruginya. Kalau akak cashier tu tak bertanya, pura-puralah tayang matric kad tu. Mungkin dia lupa. Kalau tak diendahkan juga, tanya. Sorohah. Terus-terang je. Jangan malu, manusia memang suka diskaun. Percayalah.

  9. Tiket dua hala. Ini pun disebabkan keramaian manusia. Bagi mereka yang datang dengan kenderaan awam, khususnya LRT, PUTRA MONORAIL dan yang seangkatan dengannya, digalakkan sangat-sangat untuk beli tiket dua hala. Cukuplah berasak-asak di PWTC, takkan di kaunter pun mahu bersesak-sesak lagi? Boleh juga kalau nak cuba...Tiada masalah.

  10. Rancang masa. Rasanya ini point pertama sepatutnya. Takpelah. Rancang masa perjalanan anda seeloknya. Elakkan datang pada waktu-waktu klimaks. Tapi, sebenarnya seronok juga datang waktu klimaks. Baru betul-betul rasa kemeriahannya! Selain itu, rancang masa untuk SOLAT dan makan. SOLAT yang paling penting. Mencari buku untuk tambah ilmu memang bagus, tapi terleka dan melengah-lengahkan solat sampai hujung waktu amatlah ***** (tiada perkataan khusus). Ambil masa, solat dahulu. Jangan risau, buku-buku tu takkan terbang ke mana. Ruang solat yang agak selesa ada disediakan. Kalau tak sudi, boleh solat di The Mall, berdekatan dengan PWTC. Kalau tak nak juga....hmmm!

Rasanya itu saja yang katib mampu kongsikan di sini. Katib pun tak pasti kenapa panjang katib bebel kali ni. Biarlah. Mudah-mudahan perkongsian tak seberapa ni membantu :))
Selamat membeli dan berpusing-pusing di PBAKL! Semoga buku-buku yang dibeli bukan saja dibaca, malah dihadam, disampaikan pada yang lain dan diamalkan. Moga amalan membaca tak pernah susut dalam diri kita!

p/s: hajat tak kesampaian-->Jadi, anda mahu menulis? (JIMedia). RM10 je, tapi.....

5 mic berbunyi:

fana said...

Tapi............??

nak tau nak tau! :) heee
kte penah solat kat the mall.pon sesak..leceh betol.huhu

zulaiQa habsyi said...

agak la. sebenarnya nak cadangkan kat surau sogo, tapi....JAUH! :)

fana said...

ciss.. ingatkan ade sumting yg gempak dgn 'tapi....' die tuh.hoho

myadlan said...

insyaAllah nak pergi ke sana nanti. tunggu duit gaji masuk dulu.. terima kasih atas panduan2 tersebut

zulaiQa habsyi said...

selamat berPBAKL!:)