:: 23 March 2010~ 7 Rabiulakhir
::1526 hours
:: gua sdn. bhd. , selatan semenanjung malaysia
Semalam papa baru pulang kerja. Katib pula sibuk godak-godak laptop.
Papa tolak pintu daun, dan berkata:
"Leqa, come. I want to show you something."
"Yeay!" Katib kata dalam hati. Cepat benar teruja. Ntah apa-apa.
Papa tunjuk beg kertas berlogo UTM, atas meja makan.
"Cuba tengok apa dalan tu, keluarkanlah"
"Ha?" katib tercengang sebentar. Lampi seperti biasa.
"Keluarkanlah. Ada jubah"
"Yeay!" Katib kata dalam hati lagi. Papa belikan jubah! Amazing.
Beg kertas katib buka. Nampak jubah merah, ala-ala maroon.
Takkan merah sangat jubah ni? Fesyen apa? Abaya?
Katib keluarkan cepat-cepat. Excited. Jubah berat?!
Biar benar?
Ohh!! Jubah konvo rupanya!
Hampir lupa, hujung minggu ni papa konvo.
Dasar anak kurang ingatan. Maaf papa.
Katib tidak excited lagi, tapi jadi teruja.
"Cuba Leqa try, test, tengok"
Katib sarung segera. Wah.
Terasa teruja. Terasa megah.
Walaupun bukan katib punya.
Jubah maroon yang sangat besar.
Besar sangat, katib tak tipu.
Nampak sangat kekerdilan berbanding ketinggian papa.
Tapi tidak mengapa. Katib masih teruja.
Papa sengih-sengih. Senyum lepas tu.
"Leqa tengok kat lengan. Ada double line kan? Ini maknanya untuk Phd"
"Waaaa..." katib kagum. Nganga seminit dua.
"Bestnya..." sambung katib, lembap-lembap.
Katib kira-kira dalam otak.
Papa dah phd. Katib baru terkedek-kedek untuk degree.
Baru nak exam final untuk sem 1 tahun pertama.
Tu baru degree. Master belum lagi. Phd??
Ahh...long way to go! *tiba-tiba bahasa inggeris?*
"Takpe Leqa. I know you can do it. I could see you wearing this robe for the next 4 to 5 years.
Jangan risaulah. Mesti boleh punya"
E'eh. Papa macam tau-tau je.
Papa sangat optimis!
Kenapa tidak katib?
Baik, katib pergi belajar sekarang!
2 mic berbunyi:
hihih...baru nak bukak laptop nii...nak ber fb..jadinye sekarang!! nadya..!! bace buku...huhuhuh....berusaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir!!
betull! eheks, asyik nak terbukak fb je. uish, godaan
bittaufiQ wannajah habibati ;)
Post a Comment