:: 2135 hours
:: jauhari semenanjung malaya
Cuti sudah bermula. Ada dua kemungkinan yang akan terjadi:
- Blog ni akan meriah dengan post2 yang katib selalu tangguh-tangguhkan nak karang. Maklumlah, banyak masa boleh berblogging.
- Blog ni akan sepi dan lumpuh lagi. Mungkin sebab ketepuan otak kena sogok dengan cuti, atau m.a.l.a.s...Harapnya tidak!!
“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
Cuti kali ni agak lama. Katib ulang, agak lama! Sangat berharap cuti kali ni bukan cuti yang membunuh, seperti yang sudah-sudah. *uuups!* Cuti belajar, bukan cutikan otak, akal, jari-jari dan anggota badan yang lain. Sampai tepu dimanjakan dengan cuti. Issy~
Jadi sebelum cuti ni cuba bunuh katib, biar katib pulak cuba menghidupkan masa lapang ni dengan perkara-perkara yang berfaedah. Baru adil. Kena serang, elak. Counter balik. Kalau ikut senarai jangka masa panjang & pendek, dah macam-macam yang dirancang! Agak teruja ye dengan plan sendiri. Moga perancangan tak tinggal rancangan!! **12 April makin mampir! Cuti terbatas buat seketika**
.....apa jadi pada 12hb? Katib sendiri menunggu kalau-kalau ada post yang sesuai untuk itu :)
p/s: katib suka membebel. sila jangan marah dengan kesukaan katib ini. terima kasih
0 mic berbunyi:
Post a Comment